PAKEJ 1

PULAU PANGKOR

AKTIVITI MENARIK DI PULAU PANGKOR IALAH:

Pulau Pangkor terletak kira-kira 90 km ke barat daya bandar Ipoh.Ia sebahagian besarnya didiami oleh nelayan yang tinggal di desa-desa nelayan yang tersebar di sepanjang pantai timur.Tarikan utama di Pulau Pangkor adalah pantai.Terdapat beberapa pantai yang sangat cantik di sini.Walau bagaimanapun,Pulau Pangkor menawarkan lebih banyak lagi tarikanlain selain pantai.

1.Snorkeling



Aktiviti bersnorkeling ini memang popular di kebanyakan pulau tidak terkecuali Pulau Pangkor.Untuk aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor,kebiasaannya pengunjung akan ke pulau-pulau kecil sekitar seperti di Giam dan Mentagor.Kebiasaannya pengunjung yang melakukan aktiviti snorkeling ingin melihat ikan-ikan dan hidupan laut yang cantik di dalam air juga terumbu karang.Walau bagaimanapun,anda perlu berhati-hati jika melakukan aktiviti ini kerana terdapat terumbu karang yang tajam.Jadi anda disarankan memakai kasut ketika bersnorkeling.



2.Sukan dan Permainan Air di Tasik Nipah






Di Tasik Nipah,anda boleh mencuba aktiviti permainan air seperti banana boat,water ski dan berkanu.Aktiviti-aktiviti sukan air di sini dikendalikan oleh beberapa operator yang pengalaman.


3.Island Hopping


Jika anda sukakan aktiviti air yang santai,anda boleh menyertai Island Hopping mengelilingi kawasan pulau sekitar.Kebiasaannya Island Hopping dilakukan bersama aktiviti snorkeling.Di pertengahan perjalanan,sebelum sampai ke tempat snorkeling,anda akan disajikan pemandangan yang indah dan unik seperti batu menyerupai binatang.Antaranya Monkey Bay,Whale Rock,Crocodile Rick dan Turtle Rock. 


4.Jungle Trekking



Jika anda sukakan aktiviti adventurous,anda boleh mencuba akitiviti jungle trekking.Pulau Pangkor mempunyai kawasan hutan hujan tropika yang flora dan faunanya masih terjaga.Anda berpeluang berjumpa dengan haiwan-haiwan liar seperti monyet,biawak monitor dan burung-burung unik. 



5.Melawat Kota Belanda




Kota belanda merupakan destinasi bersejarah yang popular di Pulau Pangkor. Setiap pengunjung yang bercuti di Pulau Pangkor tidak akan melepaskan peluang untuk melawat kota ini. Kota kecil ini menepatkan sebuah kubu Belanda yang berusia lebih 300 tahun yang terletak di Teluk Gadung. 


Hasil carian imej untuk pulau pangkor coral bay
PAKEJ:3HARI/2MALAM DI RESORT CORAL BAY
HARGA RM 167 SEORANG - MINIMUM 5ORANG
BERTOLAK SETIAP SABTU &AHAD


Imej yang berkaitan
MAKANAN:
Salah satu tempat makan halal di pulau pangkor yang biasa ada kunjungi adalah Seri Ilham.



JADUAL PERJALANAN:
Perjalanan seawal 6.45 pg Feri dari Jetty Lumut Ke Pulau Pangkor dan di jangka tiba jam 7.30 pg sampai di pangkor di Jetty Pekan Pangkor...Perjalanan ferry akan singgah di Jetty sungai Pinang dan seterusnya ke Jetty Pangkor yang memakan masa 40-45 minit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan